PETUA MENJAGA KESIHATAN DALAMAN WANITA

                             PETUA MENJAGA KESIHATAN DALAMAN WANITA



Wanita seharusnya menjaga kesihatan dalaman untuk kebaikkan diri sendiri dan juga pasangan (suami). Jika perkara ini diabaikan tanpa sedar mahupun ada sikap MALAS dalam diri wanita, jangan nanti berlinang air mata pula kerana suami mencari yang lain. Wahai para wanita, ingatlah "Seks Pelengkap Kasih Sayang Suami Isteri". Mari kita sama-sama amalkan petua ini.

petua menjaga kesihatan dalaman wanita

Antaranya:-

1) Elakkan dari terlalu kerap mengambil sayur-sayuran yang bersifat sejuk seperti kangkung, timun, labu air atau kundur.

2) Sebolehnya hadkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang atau betik. Amalkan minum jus lobak merah yang dicampurkan sedikit madu lebah.

3) Jangan buang air kecil dan air besar serentak, sebaliknya cuba lakukan satu persatu.

4) Jangan buang air ketika berada didalam air (kolam renang atau tab mandi). Ini dikatakan akan mampu melemahkan kemantapan vagina selain itu mempercepatkan monopus.

5) Bersihkan alat kelamin setiap kali selesai hubungan intim, ia boleh melemahkan selain mengundang penyakit berjangkit

Petua Kecantikan Dalaman Wanita

§  Apabila mengambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan

§  Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.

§  Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih

§  Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.

§  Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk  mengelakkan kerosakan faraj.

§  Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
§  Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman

petua menjaga kesihatan dalaman wanita

§  Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan

§  Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit

§  Boleh juga mengamalkan MinumanSunnah yang terbaik dan paling laris kini.

Petua Mengempiskan Perut.

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

§  Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.

§  Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

§  Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

§  Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
§  Sebagai tambahan boleh juga mengamalkan meminum Air Detox untuk mengempiskan perut.

petua menjaga kesihatan dalaman wanita

Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.

§  Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

MASALAH KULIT PERUT BERKEDUT

Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.
petua menjaga kesihatan dalaman wanita
Boleh juga mengamalkan penggunaan produk skincare paling awesome untuk menyelesaikan masalah kulit yang berkedut mahupun untuk kegunaan lain iaitu Firmax 3

Nota Kaki :

Semoga perkongsian ini dapat membantu para wanita diluar sana untuk terus dan terus menjaga kecantikkan luaran dan dalaman. Jika kita menjaga kecantikkan luaran sahaja ibarat menjaga kereta lama dan kita hanya menjaga luaran kereta sahaja, sedangkan bahagian enjin sudah using dan menunggu masa untuk breakdown sahaja. Begitu juga dengan wanita, kesihatan dalaman juga penting dan amat penting untuk bersama pasangan masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

INILAH 7 ARTIS MALAYSIA TERSEKSI DI INSTAGRAM, FOKUS YA!

GADIS MENJANA RM716,000 DAN BERJAYA MEMBELI KERETA IDAMANYA

6 KOTA MAKSIAT YANG PALING TERKENAL DI DUNIA